Catatan Popular

Selasa, 29 April 2008

BELAJAR TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR

Penggunaan ISO / ASA
Dalam keadaan gelap apa foto yang mahu anda rakamkan? Suasana waktu malam yang hanya diterangi dengan cahaya kota, cahaya lampu kampung, atau bangunan sahaja yang hendak dirakamkan.
Atau anda mahu merakam objek yang hanya menggunakan cahaya lampu, lilin atau sebagainya. Adakah anda mahu merakamkan foto tanpa flash, menggunakan flash dalam keadaan gelap. Secara umum saya mahu menerangkan cara merakamkan foto dalam keadaan gelap tapi masih ada cahaya seperti di kawasan bandar. Semua jenis ASA boleh digunakan, cuma ASA tinggi (400) akan memberikan keupayaan f/stop yang kecil (f11) dengan penggunaan shutter speed yang agak tinggi (1/125). Tapi kesan warna akan memberi mutu yang tidak baik, seperti kontras yang agak tinggi, warna kadang kala akan berubah dari apa yang boleh diberikan oleh ASA rendah.
Namun anda boleh mencuba menggunakan ASA rendah (100) dengan membiarkan penggunaan f/stop kecil (sehingga 32) tapi anda berisiko menggunakan shutter speed rendah (mungkin hingga 1 minit!), dan anda akan memperolehi hasil foto yang begitu menarik. Pastikan anda menggunakan tripod untuk membantu agar kamera anda tidak bergoyang.
PEMILIHAN APERTURE
Meletakkan apaerture (fstop) adalah kreativiti sesorang. Untuk memberikan kesan kabur pada background letakkan fstop sederhana (f5.6) atau besar (f4). Untuk memberikan kesan tajam letakkan pada fstop kecil (f8,f11,f22). Gambar landskap adalah lebih baik menggunakan fstop kecil agar kesan Depth Of Fieldnya tajam.
Dengan memiliki f/2.8 membolehkan kerja pengambaran merakam gambar dengan menggunakan flash pada jarak yang jauh. Namun dalam merakamkan gambar landskap, f2.8 agak kurang memuaskan kerana kesannya akan memberikan tone gambar yang kurang menarik. Namun untuk kerja-kerja senifoto potrek agak baik menggunakan f/2.8.Pada teorinya f/2.8 tidak sesuai kerana akan memberikan kesan kabur pada bahagian yang tidak difokus. Namun ada jurufoto yang gemar menggunakan aperture besar agak kesan kabur ada daya seninya.Ini kerana kerja senifoto adalah kerja kreatif, oleh itu kreativiti seseorang itu kita tidak boleh menilai bahawa dia tidak mengikut teori. Oleh itu aperture kecil dan aperture besar amat bergantung pada keadaan objek. Ada objek yang memerlukan aperture besar umpamanya merakamkan potrek model yang memilki kesan pada mukanya. Dengan menggunakan aperture besar akan memberikan imej kabur/soft.